Sunday, May 04, 2014

baby check-list


*updated!*

hari ni nak liskan barang-barang keperluan untuk newborn baby. hope berguna untuk anak ke dua. muahaha. hehehe.


1. Pakaian
tak payah nak beli baju lengan panjang banyak-banyak sangat. cukup lah sekadar 4-5 helai. untuk baju tidur aku suggest beli sleepsuit. senang. boleh buat tidur & jalan-jalan sebab banyak design yg comel-comel. yang penting banyakkan baju lengan pendek & baju lubang2. faham-faham je lah dgn cuaca negara kita ni ye~ ini juga dapat mengelakkan baby dari mengamuk tak nak berbedung. muahaha. masa mula2 besalin tu, mak aku memang tak bagi langsung bukak air cond. berpeluh-peluh walaupun guna celing fan. baby pun berpeluh-peluh. especially kat bahagian kepala. basah bantal uolls!
rompers? comel! tapi, untuk newborn, tak payah laaa. tulang baby tak kuat lagi


2. Lampin / Napkin
sanggat-sangat berguna walaupun anak aku guna lampin pakai buang a.k.a pampers; pakai, buang, dan beli baru! haha.. aku guna napkin ni untuk bedung, kain lap muntah / susu / air liur, serta tutup kepala menggantikan topi. ye. anak saya tak suka ada benda kat atas kepala. rimas katanya. hehe. syg, dah besar nt kena pakai tudung okay! dgn keadaan cuaca kat malaysia ni, napkin sangat sesuai dijadikan bedung. tak payah la nak beli kain khas untuk bedung yang mahal-mahal macam Bumble Bee or Carter or baby swaddle. ye. aku ada 4 helai kain tu, tapi gunanya jarang2 sangat. baby swaddle pun sama, mostly material dia mcm cotton tshirt yg selalu kita pakai tu, aku tgk ada yg tebal, ada yg nipis. memamg senang guna baby swaddle tu, tapi kejap je baby pakai. dah panas, nanti dia rimas, kita pun bukak swaddle tu. ;) so better guna style dulu2 gituwww. bedung guna napkin je. aku beli 2 pack napkin brand baby kiko. memula nampak best je material dia, lama2 dah basuh kain dia jadi berbulu.


3. Botol Susu
lagi banyak lagi bagus. haha. dari dalam pantang lagi aku dah ajar asha guna botol. gagah perah susu pagi petang siang malam. untuk kesenangan masa depan gituwww. alhamdulillah dia senang nak terima botol susu. masa mengandung 4 bulan lagi aku dah beli botol susu utk baby. kebetulan masa tu wife officer aku ada kat UK, so aku order avent natural newborn starter set dengan harga RM120. kalau bandingkan harga masa tu, murah wehhh! ada 4 botol, 2 botol 4oz, 2 botol lagi 9oz. pastu beli avent manual breast pump. dapat lagi 1 botol avent natural. so total ada 5 botol. sebelum tidur, aku dah basuh siap-siap botol susu asha. bila terjaga malam senang laki aku nak bagi dia susu. hihi. botol susu ni tak semestinya kau kena beli brand avent, terpulang lah nak beli brand apa pun. sekarang ni macam-macam brand ada. ikut kesesuaian dan budget masing-masing.


4. Grooming Set
ni antara benda yang aku beli (lihat gambar di bawah), kalau tak beli pun tak pe! faham tak?
sebagai manusia yang pertama kali jadi mak, memang excited, sampai banyak membazir. my bad!! dalam banyak-banyak barang dalam set ni, aku guna pemotong kuku je. nampak tak, membazir kan? huhu. tapi senang kalau nak travel, sebab dia dah siap-siap dalam pouch yang cantik lagi berzip tu.... thermometer, digalakkan beli yang digital. senang. yang macam kat dalam set tommee tippee ni lambat sikit nak dapat bacaan.





5. Stroller & Car Seat
elak kan beli warna hitam!! kenapa? seperti yang kita ketahui, warna hitam menyerap haba. tak sesuai dengan cuaca malaysia. dari sebelum baby lahir lagi N dah excited nak beli stroller & car seat. survey bagai nak rak! at last kitorang beli kat baby fair. not cheap compare to online! masa tu aku baru habis pantang, asha pun dah 2 bulan kalau tak silap. N minat quinny buzz & moodd sebab smart. aku pulak suka quinny zapp extra 2 sebab boleh lipat-lipat masuk kat bonet kereta aku yang comel tu. lepas tarik muncung, kitorang pun beli zapp extra 2. hihi. masa tu ada pekej stroller + car seat maxicosi. dah tak ingat berapa total harga ke2-2 ni. warna, aku suka warna hitam, N nak warna merah. so kitorang decide amik stroller warna merah, car seat warna hitam. balik rumah tunjuk kat mak. mak cakap kenapa amik warna hitam? (-.-)' masa beli tu tak terfikir pun pasal cuaca ke, haba ke, panas ke.. yang aku fikir nak cantik je! haha.  

baru pandai pusing badan, dalam stroller pun boleh!




okay, 
setakat ini sahaja. akan update dari masa ke semasa. hehe.