Thursday, August 10, 2017

rezeki haji

alhamdulillah, tahniah,
selamat pergi dan selamat kembali kepada para jemaah
yang dijemput untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ni.

aku?
dijadualkan pada tahun 2108.
kalau rezeki, dapat pegi. kalau tak, berserah!

yang aku nak cerita hari ni bukan tentang aku,
tapi kawan aku. kawan sebaya.
muda, awal 30an,
dijemput menjadi jemaah haji untuk tahun ni.

disebabkan sekarang musim haji,
topik perbualan pun pasal haji laa kan..
aku pun tak kurang la bercerita pasal kawan aku ni.
sebagai kawan,
aku bersyukur sangat (proud?) sbb muda-muda lagi
Allah dah jemput dia untuk buat ibadah haji.

dalam bercerita tu,
aku dapat 2 respon yang berbeza.

#1 "eh, aku daftar lagi awal dari dia tapi tak dapat pun. 
tak boleh jadi ni"

#2 "untungnya muda-muda dah pergi haji. rezeki dia kan"

#1 aku tak komen lebih. speechless jap.
#2 sambung cerita pasal haji umrah dll..

Surah Hud - Ayat 6

tak alim, bukan ahli ulama',
tapi aku percaya rezeki setiap orang itu berbeza.
aku juga percaya pandangan orang itu berbeza.



semoga mendapat haji yang mabrur!



ps: yang penting usaha, taqwa, mulia - eh, terMOTTO UiTM plak! :D

1 comment: