Tuesday, July 08, 2014

pengalaman bersalin anak pertama


assalamualaikum.
anak dah 10 bulan, baru nak cerita pasal pengalaman bersalin.. 
my bad -.-'

alhamdulillah,
sepanjang mengandung, semuanya ok.
takde alahan, takde muntah-muntah.
tidur malam semua ok.
cuma, kegatalan yang melampau kat peha dan perut.
tu pun kadang-kadang je.

aku bersalin kat PPUM.
check up semua kat klinik kesihatan.
aku booking untuk bersalin kat PPUM dalam bulan 7.
masa booking tu nurse cakap dah lambat,
sepatutnya 4/5 bulan sebelum bersalin.
tapi alhamdulillah rezeki, ada slot untuk aku.
bayar RM1 je, yang lain covered by GL.

so, first check up dengan PPUM masa tu dah 36/37week, 
which is 3week before due date.
due date aku 7/9/2013, first check up 16/8/2013 seminggu selepas raya.
ingat ye, masa booking tu takde check up. hanya booking sahaja.
then nurse bagi tarikh untuk first check up.
first check up aku hari jumaat.
nurse cakap selalunya hari jumaat untuk ibu-ibu yang ada masalah.
disebabkan hari biasa dah full, nurse bagi aku hari jumaat.
bawak buku merah kk, nurse tgk, buat urine test, amik darah, jumpa doc, dan siap!

2nd check up - 2week after 1st check up - 30/8/2013
hari jumaat. sampai ppum kul8.30 pagi, siap kul12.30 tgh hari.
merana jap aku kat ppum tu..
doc cakap aku takde masalah, so dia dulukan ibu-ibu yang ada masalah. 
doc bagi next appoinment 5/9/2013, hari khamis.
puas aku pujuk baby supaya keluar 31/8/2013, our 1st anniversarry :)
lastly baby keluar hari selasa 3/9/2013, tak sempat pun nak pergi 3rd appoinment.

30/8/2013 - aku dah start cuti bersalin.
amik cuti awal beberapa hari je pun~

31/8/2013 - 1st wedding anniversarry!
makan-makan kat manhattan fish market je.
dah tak larat nak jalan jauh-jauh.

3/9/2013 - i'm mother!
takde tanda-tanda nak bersalin pun.
sebelum tu aku ada cakap kat N yang mungkin baby ni lambat keluar.
mungkin overdue.
7.30 pagi, sedang aku bermalas-malasan kat atas katil sambil berbaring,
mamai-mamai lagi masa tu,
bila dah penat mengiring satu posisi, 
aku pun pusing lah badan ke arah lain,
'pop' tetiba ada satu bunyi.
jelas kat telinga aku.
terasa ada benda panas mengalir.
terus aku bangun dan masuk toilet.
masa tu N tengah bersiap-siap nak gi kerja.
keluar toilet aku ckap kat N air ketuban dah pecah.
kelam kabut N. 
aku mandi siap-siap,
dan terus ke ppum.
air ketuban aku tak pecah keluar habis terus macam cerita kat dalam tv tu.
dia keluar sikit-sikit.
aku pakai pad je masa otw gi ppum tu.
masa ni pun tak rasa contraction lagi.

orang ada tanya,

dari klang ke ppum tu tak jauh ke?
memang jauh, plus jalan jem.
tapi alhamdulillah haritu jalan ok.
lagi pun aku dah ada back up plan,
kalau tak sempat sgt baby nak keluar,
gi hospital tengku ampuan rahimah je..

kenapa bukan hospital swasta?
untuk pengalaman pertama bersalin,
aku prefer hospital kerajaan.
if anything happen, senang.

kami sampai ppum dalam kul 9.30.
N drop aku kat lobby, dan dia gi park kereta.
belive me, tu lah kali terakhir aku jumpa N.
mungkin panik, takde pengalaman, ect,
aku pun naik tingkat 3 (labour room) dengan adik.
nurse suruh tukar baju dan terus masuk labour room.
by the time aku pun tak tau masa tu terus kena masuk LR.
T.T

aku kat bilik 7 kalau tak silap.
bilik seorang. selesa sangat.
doc1 datang masuk kan ubt untuk berak.
then check tekanan darah & ect.
pastu pasangkan alat kat perut untuk monitor jantung baby.

dalam kul10.30 doc2 datang dengan 3 orang student.
check bukaan. seluk.
dengar memang ngeri bila kena seluk.
tapi bagi aku dia rasa macam senak-senak gituwww~
takde rasa macam kau punya bawah tu kena koyak pun.
*lain orang, lain yang dia rasa. ni melalui apa yang aku rasa*
doc2 cakap dah 2cm.
aku pun tak sedar dah 2cm, sebab tak rasa apa-apa.

11.00 pagi - doc3 datang untuk masuk kan ubat induce.
muda doc3. mungkin sebaya aku, atau lebih muda dari aku.
berdarah-darah tangan aku dibuatnya masa nak masukkan jarum.
nasib baik tak sakit.
tapi panik kejap bila tgk darah banyak menitik.

11.30 pagi - doc1 datang untuk monitor jantung baby.
katanya, semua nampak ok.
dia suruh aku tidur.
baik doc1. lembut je.

sepanjang dalam LR, banyak kali aku mintak nurse air.
haus. dan lapar juga. sebab pagi tu aku sarapan roti dan milo je.
nurse boleh bagi air milo atau air suam je.
minum sambil baring ye, ada straw je.
memang penting untuk makan sebelum masuk LR.
sebab kita tak tau berapa lama kita kat LR.
disebabkan air ketuban aku dah pecah, aku sempat makan roti je.
makan pun masa otw gi ppum.

1.00 pm - doc3 datang untuk masukkan 2nd induce.
rasa contraction sikit-sikit. masih boleh tahan.
pastu aku tidur lagi.

dalam kul 2.00 - 2.30 tu ada contraction.
tapi masih boleh tidur.
aku tidur je sebab tak tau nak buat apa.
kalau tak tidur, asyik tengok jam dpn muka je. haha.

dalam LR tu aku sorang-sorang je,
kadang-kadang je ada nurse datang jenguk.
aku difahamkan LR sibuk haritu.

bila dah tak tahan contraction, 
aku mengerang kesakitan.
to relief the pain, nurse suruh sedut entonox gas.
lega lah juga~
tapi tak lama. haha.

3.15 pm - doc3 datang untuk monitor.
time ni aku dah sakit sangat-sangat.
aku tanya doc3 "sakit nak beranak tu macam senggugut ke?"
"maaf kak, saya tak tau sakit senggugut tu macam mana"
okay, doc3 is a male doc.. muahaha.. 
bila dah sakit sangat,
dan aku pun cakap aku dah nak beranak,
dah sedia nak push,
doc3 cakap awal lagi.
dan panggil doc4.
doc4 cakap ada lagi 1jam untuk bersalin sebab baru bukak 9cm.
doc4 pun keluar,
doc3 masih monitor kat alat sebelah kiri katil aku.
memang masa ni dah nak push sangat-sangat!

3.30 pm - doc3 panggil doc4.
doc4 terkejut sebab i was fully dilated!
kelam kabut sekejap kat dlm LR.
panggil nurse,
siap-siap dan sedia untuk push.
tapi masalahnya, bila dah siap semua, takde contraction plak.
doc4 cakap kalau ada rasa contraction kuat, terus push!

not more than 5 push,
3.56pm, baby pun keluar.
aku teran sekuat boleh.
alhamdulillah.

jangan takut bila doc cakap nk gunting bawah tu.
sebab contraction tu lagi sakit!
*based on my experiance*

bila baby keluar,
nurse angkat,
ya Allah!
bulat mata dia pandang tepat kat mata aku.
nangis dan kencing.
everyone laughed.
:D

nurse tanya gender baby.
aku cakap girl.
aku cium baby dan nurse terus bawa keluar untuk bersihkan baby.

selesai baby dibersihkan dan diazankan,
nurse bawa baby jumpa aku semula.
tu 1st time baby menyusu dari badan aku!
bersungguh dia hisap.
masa tu aku kat LR lagi.
doc tgh jahit.
sakit.
bersungguh aku sedut gas entonox.

dalam kul 5 lebih, aku dah naik wad.
nurse pun hantar baby kat aku untuk menyusu.
pandai dia hisap.
mungkin semua baby pun macam tu. hihi.

dekat pukul 6 baru N naik wad.
nurse lambat inform.
sepanjang N tunggu kat lobby,
dia call LR untuk update keadaan aku.
if anything pun nurse akan call N.

malam tu, tak tau pukul berapa, doc1 datang untuk cek jahitan.
lembut je dia. siap minta maaf lagi sebab takut aku rasa sakit.
pastu nurse dtg check baby.
rupanya baby dah yak!
aku tak perasan.
nurse yang uruskan semua.

pagi esoknya,
1st time aku mandikan anak sendiri!
nurse suruh mandikan baby.
baju semua ppum dah sediakan.
bila time melawat, N datang. suap aku makan.
dalam kul2, aku dah boleh discharge. 
alhamdulillah.
i'm mother.

last day scan baby

makan selagi boleh @ doubletree by hilton

otw to ppum!

daddy to be~

 kat wad

*kat ppum, dalam labour room boleh pakai tudung.